Saturday, December 29, 2012

Fungsi Antconc


Fungsi Antconc



Antconc merupakan satu perisian yang boleh diprogramkan untuk sistem Window,Mac OS X dan Linux yang dihasilkan oleh Laurence Anthony, Universiti Waseda, Jepun.AntConc boleh menjana baris konkordans KWIC dan plot pengedaran konkordans. Ia juga mempunyai alat untuk menganalisis kelompok perkataan (berkas leksikal), n-gram, collocates, kekerapan perkataan, dan kata kunci.Ianya juga,berfungsi untuk menyelesaikan pilihan perkataan, bentuk kata kerja, dan masalah struktur ayat.



Perisian ini, amat berguna untuk menganalisis dapatan data untuk kegunaan penulisan kajian. Contohnya apabila kita hendak mengkaji seorang responden yang mempunyai personality berfikiran terbuka. Pertama sekali  kita boleh mendapatkan data-data daripada posting atau komen-komen responden tersebut yang di ‘update’ melalui facebook atau blog responden yang berbentuk teks dan kemudian data-data tersebut akan dimasukkan kedalam AntConc.

Maka AntConc akan menganalisis perkataan yang sering atau paling kerap digunakan oleh responden. Contoh responden tadi,yang berpersonaliti berfikiran terbuka,apabila data responden dimasukkan dalam AntConc,maka perkataan yang menunjukkan sikap responden memiliki sifat terbuka seperti ‘berimaginatif’,rajin,dan lain-lain akan didapati. Ini dapat membuktikan bahawa responden tersebut seorang yang berpersonaliti neurotik.

Hal ini kerana peranan perisian ini adalah  untuk menunjukkan bagaimana menggunakan konkordans. Konkordans boleh membantu anda menyelesaikan masalah tatabahasa dalam kertas panjang anda dan tugasan bertulis yang lain.


How is ICT changing the way teachers teach?


MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI



Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyara­kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berda­sarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur­uh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendi­dikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.



Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita se­tanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit teleko­munikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasil­kan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membe­lanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkur­sus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malay­sia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.


ICT Dalam Pendidikan



Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah  menjadi  satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan  berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat  antarabangsa.
 ICT mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada awal tahun 1990-an.  Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi hanya menggunakan radio, televisyen dan overhead projector dalam proses membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru.  Rancangan Radio dan TV Pendidikan juga telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan teknologi satelit supaya siaran tersebut dapat diperluaskan dan diterima oleh sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman.  Bagi meningkatkan penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
Pada tahun 1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor.  Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).  Pada tahun1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah.  Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan.  Antara tahun 1999 hingga 2000 pula, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanayak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.
Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak menghadapi masalah atau cabarannya.  Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak.  Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.

Di antara cabaran-cabaran dan strategi pelaksanaannya adalah seperti berikut,

Pembangunan Infrastruktur ICT
Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P.  Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa.  Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya.
Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal komputer mata pelajaran elektif.  Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluan untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga lima waktu mengajar seminggu.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif ICT dapat ditawarkan.
Pembekalan komputer atau notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&P masih tidak mencukupi.  Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperoleh kemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu.  Untuk meningkatkan mutu P&P, KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1 : 10 bagi tahun 2002 hingga 2003.  Nisbah ini akan meningkat kepada 1 : 5 pada tahun 2004 hingga 2005, manakala pada tahun 2006 hingga 2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1 : 1.
Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepada Jabatan/Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPM disebabkan kekangan peruntukan kewangan.  Di samping itu, kebanyakan komputer yang dibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internet sedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas, keperluan komunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan.  Sebagai contoh, pada masa kini, pembekalan komputer dengan nisbah 1 : 1 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan perkakasan komputer yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan.
Author: SifooSidee
http://www.mudahbelajar.com

Tuesday, December 18, 2012

10 Keping Gambar Projek


Tempat Simpan Aksesori

Gambar A

Gambar B

Gambar C

Gambar D

Gambar E

Gambar F

Gambar G

Gambar H

Gambar I

Gambar J

Tuesday, December 4, 2012

Video Kumpulan



Ahli Kumpulan :

1. Wan Hasfizah Hani Bt Hashim
2. Norazila Nabar
3. Norasyikin Mat Naib
4. Zulaikha Adnan
5. Nai'mah Mamat

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial Kepada Pengguna Internet.

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang  terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.

Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.


1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang

Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.

Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti.
Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain

10 Video Youtube











Friday, November 30, 2012

Teknologi yang digunakan dalam Bidang Sukan


Hawk Eye




Ini adalah salah satu teknologi yang paling popular digunakan dalam dunia sukan. Ia bolehkan menjejaki trajektori bola, seterusnya membantu mengambil keputusan yang betul. Teknologi ini digunakan secara meluas dalam sukan kriket dan tenis dan dijangka akan digunakan dalam bola sepak pada tahun 2012, dengan titik permulaan sebagai Barclays Premier League. Dalam tenis Eye Hawk menawarkan ilustrasi berkomputer arka bola melantun dan mengenal pasti kedudukan sebenar bola apabila ia mencecah tanah, membantu pengadil dan hakim garis mengenal pasti pemenang titik. Ia akan menjadi menarik untuk diperhatikan bahawa sistem melibatkan 4 kelajuan tinggi kamera yang mengambil imej pada sudut yang berbeza di seluruh gelanggang tenis dan triangulates lokasi, kelajuan dan arah bola menggunakan data yang dikumpul dari  setiap sudut.

Instant replay



Teknologi ini boleh memainkan rakaman video acara tertentu atau kejadian dalam masa yang sangat singkat, sekali gus membantu hakim membuat keputusan penting. Ia digunakan dalam penyiaran televisyen secara langsung acara sukan untuk menunjukkan sebahagian daripada permainan yang penting atau ketara, atau bermain yang agak jelas pada pandangan pertama. Beberapa organisasi sukan memberi izin kepada pengadil untuk berunding rakaman ulangan sebelum membuat keputusan mengenai mainan diragui. Perundingan itu mempunyai beberapa nama: video pengadil, pengadil video, rasmi ulangan segera dan lain-lain.

Ottobock running blade



Kaki itu dibuat daripada serat karbon dan biasanya dirujuk sebagai pisau berjalan. Lebih daripada 80 lapisan karbon digunakan dengan bilangan yang tepat bergantung kepada berat pemotongan individu itu, dan gaya berjalan. Serat karbon digunakan kerana ia adalah ringan, fleksibel dan mempunyai ciri-ciri kelembapan yang bermaksud tenaga minimum hilang melalui getaran. Serat karbon bukan sahaja dapat menahan tekanan ini, ia menyerap ia untuk melindungi pelari sendi semulajadi daripada kesan kesan berulang-ulang. Mengenai impak memampatkan bilah berjalan dan kuasa yang dicipta oleh atlet dipindahkan kepada bahan serat karbon dan digunakan untuk menggerakkan atlet ke hadapan. Sebagai tekanan dilepaskan bilah berjalan cepat kembali kepada bentuk asalnya kembali tenaga yang disimpan untuk atlet. Bilah berjalan direka hanya untuk meniru fungsi kaki yang digunakan dalam menjalankan. Hanya kaki depan digunakan dalam menjalankan jadi berjalan bilah tidak mempunyai tumit.

The M55 Electric Bike



M55 Basikal telah diumumkan beberapa hari yang lalu basikal mereka terbaru Hibrid elektrik, basikal yang benar-benar berpuasa yang digelar sebagai "binatang". Basikal itu dibuat daripada bahagian adat yang dicipta oleh jurutera berpengalaman M55, menggunakan teknologi dan bahan-bahan yang digunakan dalam Formula Satu dan sukan kereta seperti titanium, serat karbon, pemesinan CNC dan motor tanpa berus. Basikal M55 Elektrik adalah begitu berkuasa, ia boleh pergi dengan 40 batu sejam dan boleh mengambil pelanggan masa sejauh 75 batu walaupun off-road. Basikal ini datang dengan sistem pedelec yang membenarkan pengguna untuk brek serta menggunakan bateri kapal untuk kuasa motor elektrik. Setiap bahagian di atas basikal ini adalah kualiti yang terbaik dan dipilih oleh anak-anak kapal dari M55 untuk memenuhi piawaian emas. Setiap kali sensor merasakan anda perlu beberapa tork tambahan, pek basikal dan letupan anda ke hadapan, mendarabkan kuasa anda dan membuat anda berasa seperti superhero. Bingkai basikal dibuat monocoque 7075 CNC Aluminium dan plat gentian karbon dan ia M55 dipasang motor EB-PC dengan 5.2 Nm tork yang dikuasakan dari Tenergy Polimer Li-Ion sel-sel (20mAh).

Paralimpik kerusi roda



Kerusi roda Paralimpik secara individu dibentuk untuk setiap pemain dengan mengambil saiz individu, bentuk dan kecacatan tertentu ke dalam akaun. Sebagai contoh, pemain dengan kecederaan saraf tunjang akan mempunyai tempat duduk yang menyediakan sokongan tambahan sekitar belakang mereka. Dalam mana-mana pasukan bola keranjang berkerusi roda, kedua-dua sifat dan tahap kebolehan fizikal pemain berbeza dengan ketara.  Secara tradisinya pemain telah mempunyai pilihan yang sangat terhad reka bentuk kerusi dan pendekatan khusus dibuat tidak mungkin kerusi baru, yang termasuk sebahagian rehat belakang, dibuat khusus untuk menampung keperluan setiap individu.




Saturday, November 24, 2012

Teknologi yang digunakan dalam Bidang Kesihatan

Teknologi yang digunakan dalam Bidang Kesihatan

1. MLS Laser Therapy


MLS atau Multi-Wave Berkunci menngeluarkan dua gelombang cahaya laser . Laser pelepasan bertindak ke atas keradangan; iaitu yang mempunyai analgesik atau melegakan kesakitan. MLS Laser Therapy menggunakan gelombang cahaya yang mempunyai kesan yang kuat seperti anti-radang dan anti-edema pada tisu yang terdedah kepada laser. Tenaga dari laser akan menembus jauh ke dalam tisu dan mempercepatkan pembiakan sel dan pertumbuhan. Hasil pendedahan kepada Laser MLS menyebabkan sel-sel tendon, ligamen dan otot membaiki diri mereka lebih cepat. Kesannya keradangan akan berkurangan, sakit reda dengan cepat. Dalam bahasa yang mudah, laser tenaga menendang-memulakan proses penyembuhan, dan mempercepatkan pemulihan

2. Bionic Eye



Menggunakan microchip yang dapat mengirimkan kod visual ke otak agar dapat diterjemahkan dalam bentuk gambar. Mata manusia dapat melihat kerana cahaya visual yang diterima oleh retina. Setelah mendapatkan visualisasi tersebut, retina memproses sinyal yang berada di dalam photoreceptors tersebut dan menukarnyanya menjadi kod neural impulsif. Setelah kod neural impulsif terbentuk, secara cepat saraf mata mengirimkannya ke otak melalui sel output di retina yang disebut ganglion cells. Ketika otak telah menerima dan memahami kod tersebut, maka mata manusia secara otomatis akan dapat melihat objek apa yang dia pandang pada saat itu. Orang yang mengalami keterbatasan melihat memiliki gangguan padaganglion cell-nya. Oleh karenanya, dengan microchip yang mereka kembangkan diharapkan mampu mengembalikan kinerja ganglion cell tersebut.

3. MRI



Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan.Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI(Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan.Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras(pewarna).Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut.MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.

4. Alat Bekam Magnet


Kebaikan Bekam plus terapi magnet ini membolehkan ia dilakukan sendiri di rumah.Kegunaan terapi magnet dalam alat bekam adalah untuk menambah keberkesanan membekam dan menambah kelancaran darah di kawasan bekaman dan menambah kelancaran pengeluaran angin dari badan.

5. Alat Pengesan Aliran Darah


Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.





Tuesday, November 20, 2012

Biodata Diri



Nama : Nai’mah Mamat
No Matrik : A137893
Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian(Linguistik)
Tahun Pengajian : Tahun 2
Semester : 1 2012/2013
Tutorial : Rabu 8-10 pm (Makmal 3)
Facebook : Nai’mah Mamat
No.Tel : 0145105403
Alamat Kolej : Blok D1 Bilik D1016 Kolej Pendeta Za’ba UKM
Alamat Rumah : Lot 1517 Kg Che Deris Jalan Pantai Cahaya Bulan 15350 Kota Bharu Kelantan.