Tuesday, January 1, 2013

Bahasa


Bahasa menurut Nik Safiah Karim (1981) , bahasa dapat didefinisikan sebagai lambang-lambang pertuturan yang arbitrari, bersistem, dan digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi.

Kamus Dewan (Edisi Keempat) 2005 mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat hubungan dalam linkungan satu kelompok manusia ( pengunaan antara seorang individu dengan individu yang lain).

Prof Andeson (1972) telah menyenaraikan lapan prinsip dasar hakikat bahasa:
  1. Bahasa merupakan satu sistem
  2. Bahasa terdiri daripada bunyi vokal
  3. Bahasa tersusun daripada lambang-lambang
  4. Setiap bahasa bersifat khas atau unik
  5. Bahasa dibina daripada kebiasaan
  6. Bahasa merupakan alat perhubungan
  7. Bahasa berhubung erat dengan budaya
  8. Bahasa sentiasa berubah-ubah
Ciri-ciri bahasa manusia ialah:
  1. Bahasa manusia kreatif : Bahasa manusia dapat menjana ungkapan yang tidak terhingga banyaknya daripada unsur bahasa yang telah tersedia. Ini bermaksud, walaupun bahasa manusia mempunyai beberapa bunyi tetapi dapat membentuk banyak perkataan. Daripada banyak perkataan, kita dapat pula membentuk jumlah frasa dan ayat yang tidak terbilang banyaknya. Sebagai contoh, bahasa Melayu mempunyai 28 huruf yang melambangkan bunyi-bunyi bahasa, daripada 28 huruf itu, kita dapat membentuk beribu-ribu malahan lebih lagi perkataan.
  2. Hubungan bentuk dan fungsi adalah arbitrari : Maksudnya, tidak ada hubungan yang menentukan kejadian tersebut. Misalnya, perkataan rumah mempunyai bentuk sebutan [rumah] atau ejaan 'rumah' .
  3. Bentuk bahasa membawa makna : Bahasa mempunyai bentuk dan fungsi. Bentuk terdiri daripada bunyi yang dapat dituliskan. Fungsinya ialah makna perkataan itu.
  4. Penyingkiran masa dan tempat : Manusia boleh menggunakan bahasnya bagi bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum, atau selepasnya. Manusia juga boleh menggunakan bahasanya bagi bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku di tempat itu atau di tempat lain.
  5. Wujud dua pola : Dua pola ini bermaksud, bahasa manusia mempunyai pola konsonan dan vokal. Kewujudan dua pola ini dapat membentuk perkataan.
  6. Bertukar peranan dalam komunikasi : komunikasi melibatkan lebih daripada seorang iaitu penutur dan pendengar.
  7. Ada saluran maklumbalas : Apabila manusia berkomunikasi, terdapat lebih daripada seorang yang terlibat iaitu penutur dan pendengar. Penglibatan ini, menghasilkan medium maklumbalas, maklumbalas boleh berlaku secara langsung/tidak langsung dan lisan/tidak lisan.
  8. konteks kebudayaan : bahasa dikaitkan dengan budaya

Linguistik

Menurut J.Lyons(1968) 'linguistik' ialah suatu ilmu pengajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik. Saintifik merujuk kepada satu kajian yang dilakukan atau dijalankan dengan teratur dan konsisten menurut syarat-syarat tertentu. Konsisten disini merujuk kepada kajian yang dilakukan tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kajian yang dilakukan boleh diragui jika tidak bersifat saintifik.

Menurut Kamus Linguistik, 'linguistik' bermaksud pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lian mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, dan neurolinguistik (ilmu bahasa)

Menurut D.L Bolinger (1968) 'linguistik' ialah sains bagi mengkaji bahasa.

Bidang kajian linguistik meliputi:

  1. Kajian bunyi 
  2. Kajian nahu
  3. Kajian makna
Cabang-cabang ilmu linguistik boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
  1. Linguistik deskriptif
  2. Linguistik historis
  3. Linguistik Komparatif