Saturday, December 29, 2012

Fungsi Antconc


Fungsi Antconc



Antconc merupakan satu perisian yang boleh diprogramkan untuk sistem Window,Mac OS X dan Linux yang dihasilkan oleh Laurence Anthony, Universiti Waseda, Jepun.AntConc boleh menjana baris konkordans KWIC dan plot pengedaran konkordans. Ia juga mempunyai alat untuk menganalisis kelompok perkataan (berkas leksikal), n-gram, collocates, kekerapan perkataan, dan kata kunci.Ianya juga,berfungsi untuk menyelesaikan pilihan perkataan, bentuk kata kerja, dan masalah struktur ayat.



Perisian ini, amat berguna untuk menganalisis dapatan data untuk kegunaan penulisan kajian. Contohnya apabila kita hendak mengkaji seorang responden yang mempunyai personality berfikiran terbuka. Pertama sekali  kita boleh mendapatkan data-data daripada posting atau komen-komen responden tersebut yang di ‘update’ melalui facebook atau blog responden yang berbentuk teks dan kemudian data-data tersebut akan dimasukkan kedalam AntConc.

Maka AntConc akan menganalisis perkataan yang sering atau paling kerap digunakan oleh responden. Contoh responden tadi,yang berpersonaliti berfikiran terbuka,apabila data responden dimasukkan dalam AntConc,maka perkataan yang menunjukkan sikap responden memiliki sifat terbuka seperti ‘berimaginatif’,rajin,dan lain-lain akan didapati. Ini dapat membuktikan bahawa responden tersebut seorang yang berpersonaliti neurotik.

Hal ini kerana peranan perisian ini adalah  untuk menunjukkan bagaimana menggunakan konkordans. Konkordans boleh membantu anda menyelesaikan masalah tatabahasa dalam kertas panjang anda dan tugasan bertulis yang lain.


How is ICT changing the way teachers teach?


MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI



Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyara­kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berda­sarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur­uh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendi­dikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.



Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita se­tanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit teleko­munikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasil­kan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membe­lanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkur­sus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malay­sia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.


ICT Dalam Pendidikan



Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah  menjadi  satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan  berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat  antarabangsa.
 ICT mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada awal tahun 1990-an.  Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi hanya menggunakan radio, televisyen dan overhead projector dalam proses membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru.  Rancangan Radio dan TV Pendidikan juga telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan teknologi satelit supaya siaran tersebut dapat diperluaskan dan diterima oleh sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman.  Bagi meningkatkan penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
Pada tahun 1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor.  Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).  Pada tahun1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah.  Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan.  Antara tahun 1999 hingga 2000 pula, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanayak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.
Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak menghadapi masalah atau cabarannya.  Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak.  Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.

Di antara cabaran-cabaran dan strategi pelaksanaannya adalah seperti berikut,

Pembangunan Infrastruktur ICT
Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P.  Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa.  Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya.
Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal komputer mata pelajaran elektif.  Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluan untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga lima waktu mengajar seminggu.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif ICT dapat ditawarkan.
Pembekalan komputer atau notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&P masih tidak mencukupi.  Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperoleh kemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu.  Untuk meningkatkan mutu P&P, KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1 : 10 bagi tahun 2002 hingga 2003.  Nisbah ini akan meningkat kepada 1 : 5 pada tahun 2004 hingga 2005, manakala pada tahun 2006 hingga 2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1 : 1.
Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepada Jabatan/Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPM disebabkan kekangan peruntukan kewangan.  Di samping itu, kebanyakan komputer yang dibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internet sedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas, keperluan komunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan.  Sebagai contoh, pada masa kini, pembekalan komputer dengan nisbah 1 : 1 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya.  Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan perkakasan komputer yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan.
Author: SifooSidee
http://www.mudahbelajar.com

Tuesday, December 18, 2012

10 Keping Gambar Projek


Tempat Simpan Aksesori

Gambar A

Gambar B

Gambar C

Gambar D

Gambar E

Gambar F

Gambar G

Gambar H

Gambar I

Gambar J

Tuesday, December 4, 2012

Video Kumpulan



Ahli Kumpulan :

1. Wan Hasfizah Hani Bt Hashim
2. Norazila Nabar
3. Norasyikin Mat Naib
4. Zulaikha Adnan
5. Nai'mah Mamat

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial Kepada Pengguna Internet.

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang  terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.

Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.


1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang

Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.

Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti.
Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain

10 Video Youtube